Beli Buku guna BB1M secara Online

By mamalinablog - March 25, 2016




Pencinta buku, sekarang di bookcafe.com.my dah boleh beli buku guna Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) dengan cara Indie Box. Okay Indie Box ni boleh beli pilih buku-buku ikut nilai baucer anda macam dalam gambar.


Macam mana cara nak guna baucer?

1. Hanya buku dalam kategori Indie Box sahaja layak menikmati tawaran Indie Box.

2. Pembelian 5 naskhah ke bawah tiada free shipping. Pelanggan perlu menanggung kos pos buku secara berasingan (bayar secara bank-in).

3. Pilih kuantiti buku yang tepat dengan nilai BB1M iaitu RM50 = 2 buku, RM100 = 5 buku, RM150 = 7 buku, RM200 = 10 buku, RM250 = 12 buku.

4. Hanya pemilik BB1M yang sama untuk 1 pesanan. Tidak boleh campur BB1M milik orang lain dalam pesanan yang sama.

Info lanjut boleh baca di sini ya ----> Terma dan Syarat penggunaan BB1M



Kalau rasa susah nak pilih buku-buku untuk sama nilaikan dengan penggunaan baucer, tak payah pening kepala, boleh pilih kombo yang bookcafe dah sediakan.

Klik link dibawah untuk tengok kombo buku-buku yang boleh dibeli 

--------->Kombo Buku BB1M 2016<------


Mudahkan? Lepas ni tak payah susah nak cari kedai buku yang boleh guna BB1M, beli online je pun boleh.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments