Kenapa bayi kerap Bersin selepas Lahir

Perasan tak baby kita yang baru lahir, biasanya kerap bersin?

Comel sangatkan bila tengok baby bersin, lepas bersin terbuka sikit matanya. Hanya Allah yang faham betapa terujanya rasa. Asyik nak tenung je baby baru.

'Nurse, kenapa baby saya asyik bersin je ya? itu antara soalan yang pernah saya tanya pada jururawat yang mengurus saya lepas bersalin.

Sebenarnya normal bayi baru lahir kerap bersin. Tujuannya untuk bersihkan hidung dan saluran pernafasan dari kekotoran yang ada,

Masa yang sama juga bersin akan membantu pembukaan saluran pernafasan bayi yang tertutup semasa dalam kandungan.

Jadi ibu jangan risau kalau bayi kerap bersin masa mula lahir, kalau tiada hingus itu bukan tanda bayi sakit atau kesejukan. Cuma respon normal bayi baru lahir.




0 Comments