Menu Budak 5 tahun

Si abang punya menu, hampir setiap hari, nasi kicap telur mata, masaklah lauk ayam ke, telur mata juga menjadi pujaan hati.

Ikutkan tak bagus makan makanan yang sama je hari-hari, memang mencabar juga nak kautim dengan budak umur 5 tahun ni.

Selalu nak bagi 'cool down' fikirkan dia nak makan nasi pun dah cukup baik. Kalau tak nak makan nasi lagi 'fenin' ini mama. Jadi, terpaksa memikirkan misi memasak makanan lain yang boleh 'cover' khasiat yang tak cukup. Makin kurus buat mama risau.

Dari pemerhatian, makanan 'feveret' nya kek dan biskut. Jadi, Kena cari resepi kek dan biskut yang sihat. Kurang gula, tiada gluten dan tinggi serat.

Berangan dahulu itu penting hehe, harap berjayalah berpuluh misi yang terperap sebelum ni.

0 Comments