Tanda Anak Tumbuh gigi

Perasan tak kalau baby nak tumbuh gigi mesti meragam. Merengek je, air liur meleleh, sakit perut, selsema, batuk. Gusi nampak merah bengkak, bayang-bayang gigi pun nampak... ha itu antara tanda gigi nak keluar lah tu.

Si Arif pula bila 'time' nak tumbuh gigi mesti demam. Demam pula jenis yang tahap 'demam panas' **hmm demam mana yang tak panas ye tak..

Pernah cecah suhu lebih 40 darjah celcius, kalau termometer boleh meletup, mau meletup sudah. Itu sebab si bobot ni pernah kena sawan demam. 

Berapa kali dah masuk wad, mula-mula tak tahu yang biasa dia demam tu sebab nak tumbuh gigi, sebab pernah masuk wad tapi darah ok tak ada sebarang jangkitan.

Fikir punya fikir, baru perasan dia memang kalau demam tiba-tiba tu nak tumbuh gigi la jawabnya, jarang sebab virus.

Mula-mula tak tahu sebab tak ambil beratpun proses pertumbuhan gigi anak sebelum ni. Kira nampak keluar je makna dah tumbuh.

Untuk elak masalah yang sama, iaitu tak boleh nak kesan bila gigi nak tumbuh, rajah ni sangat membantu.


Bila dah tengok rajah senang nak tahu gigi mana pula yang akan tumbuh. Kalau demam lagi bolehlah agak-agak mungkin puncanya nak tumbuh gigi.


0 Comments