Petua Kurangkan Bau Badan

Siapa yang biasa naik lrt mesti tak tahankan kalau berhimpit, tiba-tiba sebelah kita tu baunya 'harum' semerbak.

Lagi waktu balik dari ofis, Allah saja yang tahu, kalau boleh nak pakai mask macam orang menyelam masuk laut ye tak?

Jadi, petua ni dah lama tahu, baru terfikir nak kongsi, caranya sangat mudah, serius tak payah nak bayar ribu riban beli produk nak bagi ketiak wangi.

Mungkin taklah boleh hilang terus bau ketiak yang menawan tu, tapi bolehlah digunakan sebagai langkah pencegahan, terutama orang yang ditakdirkan ketiak berbau.

Bau badan yang busuk biasanya punca dari ketiak. Bahagian ketiak antara tempat yang paling mudah bakteria membiak.

Ok, caranya setiap kali mandi, cuci ketiak guna belakang tangan, bukan tapak tangan...*ala-ala dalam gambar ni



Rasanya ada logik juga petua ni, sebab jejari kita atau tapak tangan pun antara tempat yang banyak kuman, jadi bila guna tapak tangan cuci ketiak, makin bertambahlah kuman diketiak, lagi cepat bau badan merebak.

Nak tahu berkesan ke tak cuba buat sebulan, kalau berjaya jimatkan 'perfume' maknanya berjaya lah tu.


0 Comments