Petua Halau Lipas

Masa mula-mula masuk pindah rumah sekarang, punyalah banyak lipas. Mungkin rumah atas tanah lipas senang membiak.

Dalam kepala mula terfikir macam mana nak buat. sembur dengan shieldtox, hilang sekejap, tak lama membiak semula. Bau jangan cerita la memang 'fenin'.

Bila gugel cara nak halau lipas, terjumpa petua guna lada putih je. Kebetulan memang ada stok lada putih yang adik bagi masa dia balik dari sarawak dulu.

Ambik dalam satu sudu besar tumbuk hancur, bungkus dengan kain berjaring ikat letak dalam kabinet yang lipas suka lepak.

Petua Halau Lipas

Boleh tahan menjadi juga, dalam info tu cakap lipas tak suka bau lada putih, itu yang bila letak memang lipas kirim salam cari pot lain membiak.

Geli lipas? Paling kelakar kalau tengok lelaki yang geli lipas....kalau pompuan dah biasa jumpa.

0 Comments