MH370 di isytihar satu Kemalangan



Terbaca tajuk di BH online tadi, tak tahu kenapa tiba-tiba rasa 'saspen' je. Mungkin sebab selalu ikut perkembangan kes ni dulu.

Rasa sedihpun ada juga, sebab bila dah isytihar kemalangan dan semua penumpang pun dah disahkan meninggal, bermaksud berakhirlah episod MH370.

Antara kes kemalangan pesawat udara yang berlaku, serius peristiwa MH370 memang antara yang paling sedih,menyentuh hati dan penuh misteri.

Masa tengok di majalah 3, kisah waris-waris yang tinggal, Allah..hanya Allah je tahu rasa simpati pada waris mangsa.

Tapi itula hakikat hidup, setiap orang pasti kembali pada maha pencipta. Semoga Allah s.w.t terima amalan kita didunia yang sementara ini.

0 Comments