Bila nak Tidur, datang Penyakit?

Macam mana nak cerita pun tak tahu, anak anda ada yang macam ni tak?

Bayangkan jam 2.30 pagi baru nak tidur. Biasa tak pernah tidur lewat macam ni.

Ntah apa 'hangen kus kus' yang datang, boboiboy kuasa tiga dalam rumah ni pakat tak nak tidur belaka. Termasuklah si kakak pun.

Si Arif lebih 2 kali keluar masuk buai, tak tidur juga. Baby pun sama tukar giliran masuk buai dengan abang, lelap sekejap, jaga balik.

Si Ali pula tiba-tiba mengadu sakit cacing, dalam rasa geram nak marah, tergelak kita dibuatnya. Lepas letak ubat tersengih-sengih 'happy' .. 'ha, mati dah cacing'..padahal sapu minyak afiat je pun haha.


Masa letak ubat pada abang, si adik pula sibuk tunjuk kaki, sakit juga...alahai anak.. masa orang suruh tidur, masa tulah semua penyakit timbul, sabar je la...

Sudahnya, mama pula yang tak boleh tidur, dekat jam 3 pagi pun mata cerah lagi. Huhu sabar je la...

0 Comments