Adik cepatlah sihat...

Dah 10 hari rupanya mama tidur adik tak ada kat sebelah, bermakna 10 hari juga adik di wad....

Tak tahu nak luahkan macam mana rasa hati ni, hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya mama tengok adik dah hampir 2 minggu melawan demam panas.

Makin lama hati rasa makin 'tak sedap'....macam-macam persoalan timbul dalam kepala mama...adik kena kuat untuk lawan penyakit adik....kena kuat...

Dalam keadaan demam yang sekejap ok,sekejap suhu tinggi sampai cecah 41.6~, tiada apa yg mama harap hanya kepada Allah s.w.t cepatlah ringankan kesakitan yang adik tanggung sekarang.

Mama harap Allah permudahkan urusan kita dalam melalui ujian kali ni, yang bagi mama antara paling menduga sebab dah lama adik duduk di wad...

Adik andai satu masa adik dah sihat dan baca apa yang mama tulis, mama nak adik tahu mama sentiasa teringatkan adik bila mana mama tak dapat jaga adik di wad.


0 Comments