3 bulan yang menduga

Lama tak update apa-apa info di blog ni, kadang-kadang teringat juga. Tapi apa kan daya,, tubuh badan memang tak berdaya Huhu.

Rasa tak hilang penat lagi mengeluarkan arif tahun lepas, dah tahun ni nak keluarkan adik arif pula,kuikui..arif pun dah besar dah pandai jalan ngan membebel... Ayat penenang...

Okla,,isu yang nak diceritakan hari ni sebenarnya berkenaan 'kelahiran rapat' tanpa dirancang. Bagaimana ibu bapa nak menghadapi situasi yang tak terjangka ni kan....jujurnya ahkak pun pada mulanya rasa macam tak bersedia juga.

Tengokkan arif kecil lagi. Tapi dah ada tak kan nak tolak pula ye tak....nak tak nak pertama yang kita kena tanam dalam hati 'redha' atas kurniaan dari Allah s.w.t.

Bila konsep redha dah ada dalam hati,,sikit demi sedikit sebagai ibu tubuh badan dan minda kita akan mula bersedia dengan perubahan baru. Secara langsung 'tekanan' yang melanda diri akibat mengandung lagi makin berkurangan.

Oklah,, untuk tip yang seterusnya akan disambung pada entri akan datang,,biasalah mak tak larat nak menaip panjang-panjang...


0 Comments