Tupai-tupai kami datang!



Bagi sesiapa yang nak cari buffet best, saya cadangkan ke Restoran Tupai-tupai. Sebenarnya gambar ni gambar lama, terbuka folder makan terus terfikir boleh kot buat entry untuk anda yang setia.

Dulu harga buffet di sini dalam RM35++ je untuk dewasa. Sekarang tak pastilah berapa pula harga baru sempena semua harga barang naik ni.

Yang istimewa di sini steamboat nya ada kuah tomyam dari air kelapa muda, ha kalau tak pernah makan boleh la cuba. Walau macam manapun acik-acik yang nak pergi sini sebelum pergi call la dulu diaorang 'confirmkan' harga ya.

Restoran ni sekarang ada Tiga cawangan, yang saya pernah pergi di KL, dua lagi di Shah Alam dan Bangi. Untuk di KL, alamat seperti dibawah.


551A Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia 

50460 Kuala Lumpur 

Tel: +603 2143 2525 
Fax: +603 2144 5921 

Yang dua lagi, anda gugel sendiri la ye hehe...Aishh lama tak makan buffet, bagi hantu seafood macam saya, makan buffet adalah 'the best way' untuk puaskan selera...hoho pastu 'complain' pasal berat mama naik ni , sabo jela... 

Kalau ikutkan banyak juga tempat makan seafood dan ikan bakar yang saya dan en.Asben dah pergi masa zaman bedue-due dulu, zaman tak ada tentera bersekutu. 

Tapi sayang boleh dikatakan separuh gambar hilang bersama hard disk yang rosak. Ada sikit je yang selamat. Kualiti gambar memang tak berapa cantik maklumlah guna kamera henphone versi dua tiga taun lepas hehe.

0 Comments