Persediaan dan Tips bawa anak kecil ke Majlis Ilmu

1. Mama perlu pakai baju yang sesuai, jika menyusukan anak susu badan, seeloknya pakai baju menyusu yang sesuai, supaya tidak perlu keluar masjid atau dewan semasa majlis sedang berjalan.

2. Bawa kelengkapan bayi seperti 'nursing cover'/bag bayi, susu yang mencukupi untuk bayi jika menyusu botol kerana majlis biasanya melebihi 2 jam.

3. Makan awal atau sarapan pagi sebelum pergi ke majlis untuk mengelakkan kelaparan semasa mendengar ceramah dan menganggu tumpuan.

4. Bawa bekal air minum, jika anak-anak kehausan tidak perlu mengeluarkan belanja membeli air kotak atau tin.

5. 'Check' bateri kamera/memori handphone supaya gambar boleh diambil untuk disimpan sebagai kenang-kenangan.

6. Datang awal ke majlis untuk mendapatkan tempat yang lebih sesuai untuk keluarga yang mempunya bayi kecil.

7. Bawa pen dan buku nota kecil untuk mencatat info-info penting yang berguna sebagai panduan hidup.

8. Bahagi tugas penjagaan anak-anak dengan suami jika membawa anak lebih dari dua orang bagi mengawal anak-anak dari mengganggu majlis.

0 Comments