Amalan Untuk Memperolehi Zuriat



Salam semua, pada anda yang masih belum dapat baby, walaupun dah usaha macam-macam, apa kata cuba amalan dibawah, manalah tahu dibuka pintu rezeki yang di tunggu-tunggu.

Arwah pakcik saya dulu lambat juga dapat anak, lepas sembilan tahun akhirnya makcik saya berjaya mengandung, itupun kena duduk wad selepas tahu mengandung kerana keadaan rahim lemah.


Kecekalan mereka menunggu dan berdoa akhirnya termakbul juga. Jadi dalam hidup ni jangan lah kita cepat berputus asa dengan rahmat Allah, jangan pernah jemu berdoa pada Allah s.w.t, insha Allah hajat anda pasti tercapai.


Andai kata tak tercapai hingga ke akhir hayat, anggaplah doa anda itu adalah untuk orang-orang yang di

kasihi di sekeliling anda.

Sebarkan amalan ni supaya dapat dikongsi dengan mereka yang senasib di luar sana.

Amalan pertama. 
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh 
- Baca Bismillah 1 kali 
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. 
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali 
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia danakhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


KLIK untuk support Koleksi Buku Ilmiah



0 Comments