Tolong! kanak-kanak Hilang - Aisyah



Sedang saya belek-belek forum terbaca thread yang baru di buka tadi. Jika kes ni betul, harap adik aisyah dapat dijumpai semula oleh ibu bapanya.

Walaupun maklumat jelas belum diperolehi harap pihak berkuasa dapat bertindak cepat untuk mengesan si penculik.

Tolong pada kawan-kawan yang mungkin boleh share info ini di blog masing-masing.

Ya Allah kau selamatkanlah anak ini, kau permudahkanlah urusan ibu bapanya...* hati merasakan dia selamat


ALHAMDULILLAH, ADIK AISYAH TELAH SELAMAT DI JUMPAI!

0 Comments