Surau baru R&R Temerloh


Masa dalam perjalanan balik beraya ke kampung minggu lepas, sempat kami singgah di R&R Temerloh untuk solat subuh.

Anak saudara sampai dalam pukul 3.15 pagi dari Penang, angkat beg dan kami terus bertolak ke Pahang. Sampai di Temerloh dah dekat jam 6.oo pagi.

Apa yang menariknya di R&R temerloh bila saya tengok surau dah siap diubah suai. Wah! sangat cantik dan sangat selesa.

Ini kali pertama saya masuk ke surau yang sangat cantik, luas dan damai mata memandang.

Boleh dikatakan masa tu keadaan surau taklah penuh, mungkin waktu subuh, orang tak ramai. Ada juga beberapa jemaah lain yang mungkin dalam perjalanan pulang ke kampung seperti kami.

Lepas solat saya terfikir alangkah bangusnya, kalau surau-surau di tempat lain pun sama keadaannya. Terutama surau-surau di 'shopping complex'.

Memang nak kata, kadang-kadang surau yang disediakan oleh pihak pentadbir kepada orang ramai yang datang berkunjung ala kadar sahaja, nak tak nak...kita nak solatpun tak berapa selesa.

Yang paling menyedihkan ruang solat yang sangat sempit..tak adalah saya pukul rata semua surau di shopping complex berkedaan yang sama, cuma memang ada segelintir pentadbir yang tak ambil berat tentang surau yang disediakan.

Hmm..bercerita tentang surau, sekadar memesan pada diri sendiri, tolonglah 'silent' kan telefon bimbit kita semasa solat. Kesian jemaah lain yang terganggu bila dengar lagu cinta mendayu-dayu tiba-tiba berbunyi.

Dari khusuk solat, tiba-tiba terbayang rupa 'awie' menyanyi..

0 Comments