Sajak; Tolonglah! jangan biadab di Jalan Raya...



Semua yang bawa kereta nak cepat sampai. 
Semua pemandu kalau boleh nak bawa laju, 
tahu dalam fikiran terbayang-bayang sanak saudara yang dirindu.

Semua orang nak elak jem, 
tahu memang sakit hati
bila ada kereta depan terkedek-kedek bawa macam jalan sendiri.

Semua kereta kalau boleh nak potong 'Q' 
tahu mungkin ada yang dah tak tahan nak membuang isi perut yang tersimpan.

Walau apapun alasan, 
tolonglah, tolonglah memandu dengan berhemah...
tolonglah jangan pentingkan diri sendiri
tolonglah jangan menurut ego diri
sebab semua bermatlamat yang sama
nak sampai cepat ke destinasi
orang lainpun ada anak bini...

Tolonglah jangan biadab
tolonglah jangan ikut perasaan
kalau kemalangan
kita jua yang sesal sepanjang zaman

Selamat memandu dengan berhemah!!


0 Comments