Semasa saya mengandungkan Ali saya disahkan ada batu karang dalam hempedu. Masa kena saya dah 8 bulan mengandung, lepas check up di hukm, tiba-tiba saya muntah teruk, saya fikir gastrik dan sampai kena masuk emergency wad. Oh ya, simptom sakit hempedu ni 'sebiji sejibon' macam gastrik,
Sakit dada mencucuk-cucuk, loya, perut kembong muntah, menggigil, sakit belakang, lemah dan akhir kalau tak rawat boleh jadi penyakit lain seperti pankreatitis, hepatitis, jaundis dan Inalillah...
Masa di wad Doktor suruh scan/ultrasound hempedu, bila dah scan nampak dalam hempedu saya ada batu karang. ada dua ke tiga biji yang saiznya agak besar dan yang lain halus macam pasir.
Doktor cakap batu karang dalam hempedu memang tak ada ubat, cara nak keluarkan cuma kena 'operation', tapi untuk kes saya nak 'operate' tak boleh sebab perut dah besar, takut 'effect pada baby. Jadi saya perlu operation lepas bersalin.
Hahah bila dengar nak kena 'operation' kecut perut di buatnya. Bukan tak tahu betapa sakitnya kalau tubuh badan kita ni kalau di belah-belah. Cabut gigi pun sakit ye tak?
Lepas bersalin simptom saya di serang sakit hempedu pun berkurangan. Oleh sebab memang takut kena belah, jadi saya tak pergipun hukm untuk rawatan. Hinggalah seminggu lepas tiba-tiba setelah sekian lama tak diserang sakit hempedu.
Jam 2.30 pagi tersedar dari tidur rasa sakit sampai tak boleh bernafas. Terkejut en. asben bila saya jerit minta dia ambil panadol untuk tahan sakit.
Oh ya, anda diluar sana kalau kena serang tiba-tiba cepat-cepat makan panadol untuk tahan sakit. Kalau tak boleh pengsan nak tanggung sakit lama. Sebab masa saya di wad, Doktor bagi ubat tahan sakit je untuk rawat, sebab Doktor kata ubatnya memang kena buang batu karang tersebut kalau tak nak sakit.
Bila dah kena serang semula sakit hempedu ni, terus saya terfikir macam manalah nak buat. Nak 'operate' sampai sekarang takut. Fikir punya fikir saya teringat yang dua tahun lepas saya ada baca alternatif petua buang batu karang dalam hempedu cara tradisional.
Terus teringat yang Prof Dr. Hamid Arsyat ada posting petua yang sama di wall FB beliau. Jadi saya cari balik petua tu dan study dari testimonial pesakit yang dah buat, keputusannya saya mesti buat petua tu kalau nak sihat. Dua tahun lepas nak buat ragu-ragu sebab tak ada testimonial, takut pula keracunan bila cuba petua tersebut tambah masa tu menyusukan Ali, takut pula terkesan pada Ali...hmm banyak benar Takut kan.
Dalam takut-takut, sebab dah sakit dalam bulan puasa ni saya redah juga buat petua tu demi nak hilang sakit, kalau sakit macam mana nak berblog? Walaupun sekarang saya menyusukan Arif saya tetap nekad nak buat bila fikir bahan-bahan yang nak gunakan pun bahan organik. Insha Allah selamat walaupun Arif menyusu. Dalam hati cuak juga.
Jadi seminggu lepas bermula lah misi en. asben kena membeli barang-barang keperluan nak buang batu karang dalam hempedu secara semula jadi ini.
Asalnya petua ni dari Dr. Lai Ciu Nan, memang tak kenal, tapi ramai bloggers dah buat posting pasal petua ni. Kalau gugel mesti ada punya.
Proses mengambil masa 6 Hari, Keputusan hari ke Tujuh. Yang paling utama sebelum memulakan rawatan berdoalah semoga usaha ini akan berjaya. Insha Allah.
Bahan-bahan
Eqpal Hijau- 30 biji (utk 6 hari) ,
Lemon (3 biji)- setengah gelas
Garam Epsom - 2 sudu teh
Minyak Zaitun/Olive Oil - setengah gelas
Cara yang saya buat;
![]() |
epal hijau melembutkan batu karang |
Hari 1 hingga hari ke 6
- Minum jus epal minimum 4 gelas/5 biji epal/ minimum 1 liter sehari
- 1 gelas jus satu biji epal, sebab bulan puasa saya akan minum 2 gelas masa berbuka dan 2 gelas masa sahur, sebiji lagi makan begitu sahaja.
-Kalau bukan puasa makan nasi seperti biasa seeloknya jangan makan banyak.
Hari Ke 6
- Bulan puasa memang tak dapat lah nak puasa sebab siang kena makan seperti biasa pasal malam dah tak boleh makan.
- 6 petang - Minum setengah gelas air suam dicampur 1 sudu teh garam epsom
BELI GARAM EPSOM ----> GARAM EPSOM FOOD GRADE
![]() |
- 8 malam - Ulang minum air garam epsom
- 10 malam - minum pati lemon (125ml) campur minyak zaitun(125ml) dapatkan anggaran 250 ml -suamkan gelas untuk mudahkan campuran jus.
![]() |
Pati lemon - 125ml *kulit sekadar hiasan |
![]() |
Minyak zaitun melincirkan batu karang keluar dari saluran hempedu |
BELI MINYAK ZAITUN -----> MINYAKZAITUN 250ML
Proses pengeluaran batu karang seperti di bawah
Batu yang keluar bewarna kehijauan dan biasanya terapung. Jangan terkejut jika batu yang keluar berjumlah lebih dari 100 biji bergantung pada keadaan hempedu kita ketika itu.
Keputusan: Petua ni memang menjadi, lebih dari 5o biji batu karang keluar dari hempedu, Alhamdulillah. Untuk kesan lebih baik, 3 bulan akan datang detox akan di buat lagi sekali dan berikutan 6 bulan selepas itu.
Walaupun anda sihat petua ni elok di amalkan oleh semua orang untuk bersihkan hempedu dan hati.
Notis: Sebarang kesulitan dan risiko dari info yang diperolehi adalah tanggungjawab atas pembaca. Sila dapatkan nasihat panel berwajib terlebih dahulu untuk mengamalkan sebarang info perubatan.
138 Comments
Info yg sgt berguna.. blog anda menarik.. :) tq 4 sharing..
ReplyDeleteTQ yus, Alhamdulilah, pada sesiapa yang ada masalah yang sama cubalah,insha Allah tak perlu nak operate. Harap semua info dalam blog ini bermanafaat kepada semua pembaca.
DeleteAssalamualaikum.. info yg menarik & tringin nk try. Tpi saya ada kemuskilan. saya kurang pasti dgn garam epsom spt di atas. Saya ada beli tpi dekat kotak dia cakap garam tu utk luaran sahaja bukan utk diminum/makan. Camna ye? Saya salah beli ke.. tpi kotak sama sebijik camtu. Bole jelaskan? Trima kasih..
ReplyDeleteepsom salt tu mmg tidak tulis utk mkn, kalau perasan depan kotak sebelah bawah ada tulis food grade,, kalau sama, boleh cuba.
Deletesaya nk cubela..baru detect ade batu karang dalam hempedu..harap menjadi..doakan saya yea.
ReplyDeleteSaya pun baru detect ada batu karang dalam hempedu petang tadi dan nak trylah semoga menjadi n pray for me.
ReplyDeletesaya dah cuba remedi ni semalam. alhamdulillah keluar lebih 50 biji green stones. hari ni saya rasa mcm menyucuk2 kat pundi hempedu...mungkin perasaan takut saya je kot. kalau saya nak ulang remedi ni bilakah agaknya masa yg sesuai? adakah slps sebulan atau 2 minggu ke?
ReplyDeleteterima kasih memberi petua ini...saya akan cuba buat kerana saya pun ada batu karang didalam hempedu.......klu diizinkan Allah...moga saya akan sihat....saya pun takut kena bedah.....
ReplyDeleteAsalamualaikum,, sy pn ad pnyakit yg sama,,sy nk cube tpi sy mengandung 2 bulan,,sy tkut ad ap2 kt anak sy,, boleh ke sy cube ,,??? Tlg rply,, tq
ReplyDeleteWaalaikumsalam Pn.untuk ibu mengandung wajib bertanya doktor terlebih dahulu.
ReplyDeleteMalah bagi mereka yang sihat juga tapi was-was perlu juga bertanya doktor atau panel berwajib seperti sin sei/pengamal perubatan alaternatif lain untuk membuat petua ini.
Asalamualaikum nk Tanya anak sya bru disahkan ada Batu dlm hempedu tp ank sya bru brumur 9tahun adakah blh Buat petua ini.
DeleteAlhamdulillah bagi yang dah berjaya, sebab bukan semua orang bernasib baik dapat keluarkan batu tersebut.
ReplyDeleteSalam....doktr kata saya ada batu karang di dlm hati....cuma buat masa ni saya tak rada sebrg tanda sakit....agaknya itulah juga bt krg hempedu.....srsuai ke guna kaedah ni
ReplyDeletesalam.ade petua x cemane u bleh minum epsom salt n myk tu?pernah try,tp muntah smula sbb payau.myk cmpo lemon pn xmampu telan jugak.las2 mmg xbhasil la
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDi buah pinggang sama ke cara nk buat
ReplyDeleteDari survey, petua ni untuk batu karang dalam hempedu dan hati je.
ReplyDeleteJus epal kotak ok ke?
ReplyDeleteTak pastilah pulak, boleh ke tak...bagi akak minum 'fresh jus; lg bagus...
ReplyDeleteYg gram epsom tu kn....minum hari ke 6 ke..tiap2 hari sepanjang 6hari tu..
ReplyDeleteGaram epsom tu minum sekali je pada hari ke enam.
ReplyDeleteInfo yang sangat berguna. Terima kasih. Minta izin untuk share. Saya ada copy dan paste di blog saya untuk rujukan.
ReplyDeletesalam. saya br di sahkan ada batu dlm hempedu. masalahnya saya baru melahirkan secara pembedahan. bolhkah saya amalkan cara ni?
ReplyDeleteUntuk sebarang kes pembedahan elakkan buat petua ini.
ReplyDeletesalam puan.. saya ada simptom2 tu, tapi takut nak check.. takut sgt. boleh kah saya cuba walau pun belum confirm ada batu di hempedu.. sbb saya rasa mcm kebas2,krem2 sket kat atas perut, belah kanan.. plis .. need help. :(
ReplyDeleteKalau batu karang tu dh sebesar biji guli . boleh buat dgn cara ini ?
ReplyDeletePetua ini memang digalakkan buat untuk semua orang walaupun tak ada penyakit batu karang hemepedu sebagai langkah kesihatan. walau mcm manapun lebih baik encik Megat refer doc dulu sebelum nak buat petua ni, hanya org yg betul-betul sihat boleh buat, kalau ada penyakit lain spt asma dll x digalakkan.
ReplyDeleteKalau dah sebesar sebiji guli, memang agak besar, dari survey saya kalau batu yang besar perlukan bantuan castor oil pack untuk bantu batu tersebut keluar. Adam boleh baca link ni sebagai rujukan, ini testimonial yang pernah buat untuk keluarkan batu yang lebih besar. http://curezone.com/forums/am.asp?i=1313247
ReplyDeleteinfo yg sangat berguna bg sy yg baru saja kena detect batu karang hempedu. doakan semoga petua ini menjadi buat sy.
ReplyDeleteTq akak for sharing dis info.. really help me .. I wanna to ask one thing, is there any 'pantang' from day 1 to day 6?
ReplyDeletemak sedara saya baru dapat penyakit ni...saya minta dia cube ,,tapi mak sedara saya ada kencing manis dan saya agak kurang faham...selepas hari keenam tu..adakah proses ini perlu di ulang ?..kurang faham sikit la...bleh terang kan x?
ReplyDeletegaram epsom utk pnghidp darah tinggi?
ReplyDeletegaram epsom utk pnghidp darah tinggi?
ReplyDeletesalam...isteri sy baru dpt tahu tentang batu dlm hempedu..boleh cuba petua di atas..usaha ikhtiar kita..yang menyembuhkan Allah Taa'la.....
ReplyDeleteTxt Abg N utk ubat preventive yg mudah mesra pengamal...sbagai supplement...muga tak brlaku musibah bt hempedu yg kritikal..tiap org kn ada ketulan cholestrol yg membeku ni..txt 019 417 6025 wazzap abg n 019
ReplyDeleteNak tanya, jus lemon tu perahan 1/2 gelas lemon campur 1/2 gelas minyak zaitun? Tak perlu campur air?
ReplyDeletenak tanya ..jus lemon tu setgh gelas utk hr ke enam je kan? pastu olive oli setgh gelas? tp kat situ tulis 250 mlm...camane ? blh explain blik tak?
ReplyDeleteSila izinkan kami memperkenalkan diri kami sebagai pakar menyingkir batu karang pundi hempedu. Kami, Agro pluz Biotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengkaji produk bioteknologi kami tersendiri. Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi selama 20 tahun, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang terdiri daripada Roselle, minyak zaitun dan bahan-bahan mineral.
ReplyDeleteProduk kami yang berjenama DR GETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR GETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan.
Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.
Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa. Sila hubungi kami dengan emel agropluz@gmail.com / 016 977 5478 (Kelvin) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.
Allahurabbi.. terima kasih bnyak2.. nak nanges rasenye bile bce posting ni.. sy br dpt tau ada penyakit nie 4hari lepas.. tidur hsptl 2malam tp doc suruh blik n dtg smula 8hb 8 nant tuk nxt procedure.. doc ckp batu saya kecil lg n xperlu dibuang segera.. tp sakitnya tiap kali kena Allah je yg tau.. sy bru kuar ward kul 5ptg smlm and pas sahur kul 6pg td kena blik sakitnya.. pergi blik ke hsptal tp doc cuma bg ubt tahan sakit.. dlm 4hari ni sy and suami ada google tentang rawatan alternatif n jumpa dgn 1produk dr. Getox tp harganya agak mahal.. ble harini jumpa dgn cara yg smulajadi mcm ni bersyukurnya sy.. insyaAllah akan dicuba secepat yg mungkin.. terima kasih sekali lagi.. semoga Allah merahmati hidupmu atas perkongsian ini.. dan sama2 kita redha atas ujian DIA pd kita.. anggaplah ia kifarah atas dosa2 kita yg lalu..
ReplyDelete-diana, kulai
Salam kak diana dh try ke petua ni ? Mcm mana ye bkesan x ? :(
DeleteMinta maaf pada komen-komen yang tak dapat saya balas di sini, anda boleh email saya ke suficreative@gmail.com supaya emal anda dpt dibalas segera.
ReplyDeleteSy nk tye...sy pn mngidp skit batu krg dlm hmpedu..sy kena pnyakit ni msa dlm pntg..skrg sy msh dlm pntg..skt selalu...blh ke sy mkn buah epal dgn byk..?sy tkut sbb sy mshdlm pntg...tlg sy...trma ksh
DeleteSudah berapa hari pantang? Kalau masih dalam minggu pertama memang tak digalakkan, memandangkan badan pn. masih dalam pemulihan. jika dah melebih 15 hari sepatutnya tak ada masalah untuk buat petua ni memandangkan semua bahan organik. Walaubagaimanapun utk langkah keselamatan cuba tanya doktor samada pn, boleh ambil atau tidak kesemua bahan yang diperlukan utk petua ini.
DeleteAlhamdulillah terima kasih ada petua yg boleh dicuba.. mak sy disahkan mempunyai batu hempedu yg agak besar dan menyumbat saluran hempedu menyebabkan perutnya membengkak... setelah baca ìnfo ni, sy pun cuba..alhamdulillah byk batunyg keluar sepanjang hari masa buang air besar..dekat2 nak 20 biji.da yang besar dan ada yg seperti biji beras. Cuma nak tau, bolehkan cara ni diamalkan selalu bagi pesakit..misalnya seminggu sekali ke..sebab kalau sekali shj dilakukan, x mungkin semua batu dpt dikeluarkan..kalau boleh mak sgt batu tu dikeluarkan tnpa pembedahan sebab mak takut sangat bila doktor nak operate...trima kasih
ReplyDeleteSkrg mcm mana kesihatan mak zal chie?
Deleteseeloknya 3 bulan kemudian baru buat semula, bagi yang nak menten kesihatan ada yang buat 2 kali setahun...
ReplyDeleteMasa pregnant boleh guna kaedah ni x?
ReplyDeleteMengandung, tak boleh buat.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian Mama Lina.sy ada masa lagi 8 hari sblum operation.tadi dah jumpa pakar bius untuk kterangan proses operate nnti.dan kbetulan hari ni baru trbaca info ni.kata doc,sy ada 21 biji batu dlm hmpedu dan kecil2 saiznya dan berkumpul rapat2antara satu sama lain.harap2 sy belum terlambat nak cuba sharing puan ni.tq puan =)
ReplyDelete2 tahun lepas saya adalah pengidap pemyakit ni. Dengan meminum 2 -3 x air rebusan Bayam Hutan. Alhamdulillah sembuh keesokan harinya. Begitu juga member sepejabat yang pemgidap penyakit yang sama. Alhamdulillah daj sembuh. Kalau dah kritikal saya belum pernah cuba. Kalau tahap yang biasa boleh cuba.
ReplyDeleteAssalam semua.. Saya baru mencuba petua ini.. Smalam hari ke 6.. Ari ni saya buang air besar.. Byk yg keluar batu hempedu.. Terima kasih kerana berkongsi petua ini.. Saya doakan terbaik pada semua... Aminn
ReplyDeleteAlhamdulillah ...sy baru nk cuba :(
DeleteSalam. saya sedang cuba amalan ni. hari ni hari yang ke 5. tapi sejak semalam lepas minum epal jus...sama selepas makan atau sebelum makan, perut terus sakit..mula senak dan terus naik ke belakang badang..
Deleteesok hari ke 6, tapi nk menghabiskan semalam dan hari bercinta betul rasanya...
normal ke sakit lepas minum apple jus ni lepas masuk hr ke 4 dan 5 mcm saya ni...?
Salam alhamdulillah sy pun dpt keluar btu hempedu thru nasihat di atas. Smoga penulis blog mendapat pahala dr Allah
ReplyDeleteSalam..
DeleteSaya baru di sahkan ada batu karang di hempedu.dan doctor suggest utk operate. Saya takut.dan teebaca cara traditional nie.
Boleh jelas kan tak tentang hari ke 6 tu? Tak faham sangat.. tak boleh start makan dr pukul berapa? Dan selepas tu nanti boleh makan jam berapa?
minta izin share di page saya...https://www.facebook.com/kesihatanuntuklelaki
ReplyDeleteSalam, just nk tnye, bg yg mnyusukan selamat x?
ReplyDeleteMasa sy buat petua ni, mmg menyusukan baby. Untuk sy xda masalah.
DeleteSalam akak...epal tu bile kite bole makan?selepas atau sebelum sarapan,mkn tghr atau mkn mlm?
Deletebila2 pun boleh, cuma pastikan minum sekurang2nya 1 liter jus epal sehari.
DeleteAssalam, sy pnh try cara ni sbb ada simptom sakit pinggang, skt blkg, kencing tak lawas mcm ada batu karang.. sy tak buat pemeriksaan dktr sbb sy ni pnkt skit..slps buat petua ni, keluar 2 bnda warna hijau terapung..mcm jelly..bnda tu batu karang ke? cm nk kepastian. tq
ReplyDeleteWsalam, ya, batu karang yg dah lembut oleh acidic jus epal yang kita minum.
DeleteTime kasih, for good info dan sharing.
ReplyDeleteAssalamualaikum mama lina..saya baru je scan di hsptl mnjg rupanya.. Ada btu di hempedu saya..oppoiment saya bln 10 dgn doc pakar.. Saya nk check dgn pakar dulu atau buat PETUA ni??? Utk pengetahuan mama tiapkali buang air besar najis saya Ada darah...kdg2 menitik selepas najis keluar.
ReplyDeletePendapat saya jumpa doktor pakar dulu, utk tahu kondisi kesihatan hemepedu pn. samada perlu dibedah buang batu karang dlm hempedu atau buang hempedu. Jumpa doktor penting utk pastikan samada hempedu dah mengalami infeksi atau pun tidak.
DeleteKalau dh sampai peringkat radang pancreas boleh tk buat petua ni.....???
ReplyDeleteJika ada komplikasi kesihatan yang lain, perlu dapat nasihat daripada doktor untuk buat petua ni. Ceritakan pada doktor, bahan-bahan yg akan gunakan untuk membuat rawatan ini.
Delete1. Epal hijau
2. Lemon
3. Garam Epsom
4. Minyak Zaitun
Minta pendapat daripada doktor samada bahan-bahan ini boleh menyebabkan sebarang komplikasi kpd keadaan kesihatan jika mengambilnya.
Mama lina bole berkesan ke cara ni
ReplyDeleteBole berkesan ke cara ni
ReplyDeleteAdakah slps minum air garam epsom pesakit boleh makan antara waktu jam 6ptg dan jam 8 mlm. Sya perlu jawapan segera kerana sedang rswatan hari ke 6....
ReplyDeleteNk tny,adakah waktu jam 6 ptg hingga 8 malam dan jam 8 malam hingga 10 malam boleh ambil air mineral atau air minuman biasa (spt teh @ milo). Mohon jwpn segera dr pn sbb skrg sy tgh mencuba cara rawatan yg pn sarankan.terima kasih bnyk atas perkongsian.
ReplyDeletesama soalan spt di atas..slps 6 ptg mmg x blh mkn apa2 ke puan?minuman mcmana?blh x.?
ReplyDeleteTrima kasih puan atas perkongsian. Ibu sy br je disahkan doktor ada batu dlm hempedu. Katanya mmg terlalu sakit. Sya br nak cuba buat utk mak sy.
ReplyDeleteSinggah kesini waktu Google ttg batu kt hempedu
ReplyDeleteSkrg mgandung 7 bulan dn bru mggu lps dpt thu ada batu kt hempedu, sy nk cuba skrg x berani sbb pknen. Mgkin lps brsalin boleh try. Hrp serasi dgn sy
Sy dh wt & terbukti berkesan...pagi td byk kluar batu karang,trma kasih sbb sudi syer petua yg brguna ni..
ReplyDeleteTrma kasih sbb bg petua yg brguna ni...alhamdulillah sy dh buat & terbukti mmg mnjadi.Pg td kluar batu karang,byk jgk yg kluar..tp epsom salts tu mmg xleh nk telan klu xkuat smngat..ingatkan masin skali pahit + payau
ReplyDeleteSalam. Sy rasakan simptom2 tu ad kt sy, tp xpergi cek lg. Boleh ke sy try petua ni trus? Sy pn tgh breastfeeding anak. Kene kumpul smngt nk try ni
ReplyDeleteWsalam, kalau Emy x ada masalah kesihatan lain, astma, jantung dll, boleh, mmg digalakkan buat utk detox hati dan hempedu. Tapi kalau ada, Ceritakan pada doktor, bahan-bahan yg akan gunakan untuk membuat rawatan ini.
Delete1. Epal hijau
2. Lemon
3. Garam Epsom
4. Minyak Zaitun
Minta pendapat daripada doktor samada bahan-bahan ini boleh menyebabkan sebarang komplikasi kpd keadaan kesihatan jika mengambilnya.
daerah sy tiada jual epsom salt.. blh ka sy guna mineral rock salt
ReplyDeleteSetakat ni sy tak pernah baca testimonial yg guna garam bukit ganti epsom salt, Ann duduk area mana?
Deleteboleh bg wasap no kak.. 0167786949.snng kta cerita.. sy septtnya mlm ni minum garam da.. area sabah kota belud
Deletepuan..epsom salt tu bukan utk mkan ek? sbb bnyak farmasi ckp bkn utk mkn..epsom salt tu blh guna utk apa ?
ReplyDeleteepsom salt ada gred tertentu, pilih yg food grade boleh makan dlm kuantitit tertentu.
Deletesy beli dua jenis..1 epsom salt yg utk rendam kaki.. 1 ialah himalayas mineral rock salt.. ada ka septutnya mnm epsom salt juga
Deletegaram sy guna himalayas kandungan trace mineral magnisium.. boleh ka sy guna tu..
ReplyDeleteepsom sy dah jumpa d kota kinabalu tp farmasi kata x boleh d makan..
epsom yg kamu guna dlu tu mmg boleh d mkn ka.
sy dah dpt epsom salt yg dlm plastik..itu ka d minum. .sbb farmasi ckp tak blh d mkn tu epsom
ReplyDeleteAnn, pm sy di fb page mama lina blog, nnti sy reply, hp sy skrg rosak.
DeleteAs Salam Semua.. Blog yg sgt membantu.. Alhamdulillah.. Saya cuma nak share pengalaman sendiri...
ReplyDeleteSetahun lepas mmg saya kerap kena gastric (pada pendapat saya time tu sbb mmg ada sejarah sakit gastric).. Perut kerap berangin macam kena flux @ gastric.. Makan kenyang2 pun masih terasa lapar..
Pergi blood test mmg tanda bilirubin tinggi (macam org kena penyakit kuning/jaundice) tapi doktor tak syak apa2.. Just ckp ok je cuma kalau budak2 gini kena penyakit jaundice..
ALHAMDULILLAH saya terbaca posting org share dari Dr Lee kalau x silap saya sama macam apa yg di ajar dlm blog ini.. Saya pun try.. Lepas hari ke enam sakit dah berkurang tapi masih terasa cucuk kat area tu.. So saya repeat pada malam berikutnya (sebelum tido) dengan suku gelas minyak zaitun selama beberapa hari.. Selepas tu Alhamdulillah sampai sekarang dah tiada penyakit ini dah..
So harap siapa yg ingin mencuba jgn takut.. Cara ini mcm Dr Lee cakap cara yg Mild utk sembuhkan penyakit ini.. Pernah saya dpt tahu dari pesakit lain yg lebih kronik..(selepas saya dah sembuh) Dia ambil segelas minyak zaitun setiap 2 jam selama 2 hari.. Hasil nya pun sama.. alhamdulillah selepas di tapis najis dia.. Penuh batu2 karang ni.. Sembuh Insyallah..
Sememangnye petua ni mujarab...sy dh try tq sudi share petua yg brguna...komfom kluar batu karang
ReplyDeletesyukur alhamdullilah jumpa blog ni sy nak cuba.. mcm2 da sya cuba cari ubat batu dlm hempedu ni...baru je tadi ayah saya pengsan...badan pucat sejuk..nauzubilahminzalik. kesian tgok ayah menderita.....d mana nak beli garam epsom ni...sy perlu a.s.a.p....nak ikhtiar ayah tak menderita...allah shj yg tau perasan sy tgok ayah sakit...siapa2 tolong saya ...d mana nak cari garam epsom ni...sy area sabah...no Hp whatsapp 0135450780 semoga allah mcucuri rahmat kpd suficrrative...ibu sy pengsan tlampau panik..terima kasih...Askun
ReplyDeleteboleh tanya farmasi atau kedai ubat cina sing sei , biasanya ada. semoga urusan dipermudahkan.
DeleteAs salam..sy mmg hadapi sakit batu dlm hempedu ni. Dlm 2 mggu ni perut sy sakit je. Sy teringin nk cb petua ni. Mslhnya sy mngandung. Sy da refer doktor n Doktor pakar suggest sy lakukan pembedahan utk buang hempedu. Doktor ckp sementara kndgn blm 24 mggu lg selamat utk sy n baby lakukan operation. Kalo x buang..bila kndgn makin besar doktor ckp kemungkinan sy akan lbh kerap sakit. Cmna ye sis? Doktor bg sy tempoh 2 ari utk wat keputusan utk operate @ x.
ReplyDeleteWsalam, mengandung tak boleh buat.
DeleteSy baru 4 hr wt operation buang hempedu...klu batu dh besar mmg kna buang jgk...bkn sakit pn operate,lg sakit bila batu karang tu brgerak dlm perut...nasihat sy klu dh truk tu operate je setel masalah kos operation tu 13 ribu hspital swasta..
ReplyDeleteAlhamdulillah yg penting sihat, boleh kongsi operate di hospital mana, mungkin ada pembaca yg plan nak operate.
DeleteSy buat di hospital kpj kuantan
DeleteAssalam...
ReplyDeleteSaya nak share pengalaman..baru je operate pd 13 feb..da 3 lubang doc buat...doc dpt detact masa buat ultrasound kt perut..esoknya puasa..Petang d hntr ke OT..alhamdulillah xda apa2..moral is, better ambil insurans (masa sihat & masa muda)..buat d private hospital..xda delay...n next appointment saya pd 18feb ni utk follow up.. Sistem perubatan semakin canggih, jgn takut..selebihnya serahkan pd Allah.
Mohon share ya sis. Tqsm
ReplyDeleteAssalam mama Lina. Nk tanya jus epal hijau tu kena kupas kulit tak?
ReplyDeleteWsalam, dua-dua boleh cikgu, nk kupas atau tak.
DeleteMamalina....tq..bru mlm ni tau skit btu karang d hmpedu...dh smggu sy xdpt tido mlm...ksakitan..tuhan je yg tau...sy pon ada trbc kt page dr arshad tp lupa..lm dh...tq..moga Allah mbrkati mama krn myenangkn n mmudahkn insan yg sakit...
ReplyDeleteNak cuba tp takut..
ReplyDeleteSalam kak..wife saya baru admit Gh dia bg pain killer suruh balik nnt baru buat CT scan..symptom mmg batu karang...tapi doktor punya procedure cam hampeh...mengecewakan..harap dapat try petua ni...kecewa dgn hospital Kerajaan(Gh)..Dr biasa tiada Kuasa...nak buat CT scan kena appointment pastu..appointment lg jumpa pakar...apa punya teruk...sakit pun mau kena tunggu...
ReplyDeleteSama la dengan saya...sampai baby sy deman sbb tingglkn terlalu lama...dah 4 hri dkt gh..lps stu..stu drg buat..dh tu tiada ckp ape..just ckp tunggu keputsan n apointment scan ..bile nk scan kena tunggu lg...aiss..trpksa ambil risiko sendri kluar dri gh..
DeleteAssalamualaikum..saya disahkan ada batu dlm hempedu tetapi dlm masa yang sama ada cyst dalam liver so bolehkan saya gunakan cara ini..
ReplyDeleteWsalam, disarankan kalau ada komplikasi sakit lain tanya pada doktor atau perawat alternatif bertauliah dulu sebelum buat petua ni.
DeleteAssalamualaikum..isteri saya disahkan ada batu dlm hempedu di GH HKL hari ni, nak tanya cara pemakanan bahan2 tadi dari Hari Pertama sampailah hari Terakhir (6), adakah hari-hari kena minum minyak olive oil tu? Minum jus epal hijau dah tentu punya hari2 1 liter.. mohon pencerahan Puan,terima kasih atas perkongsian petua ini.
ReplyDeletewaalaikumslm, en. boleh baca di link Dr.Hamid Arsyad ni lebih ringkas https://www.facebook.com/hamidarshat45/photos/a.175387909181916.50349.119929718061069/488579041196133/?type=1&theater
DeleteSalam kak klu kita ade darah tgi n kencing mnis blh ke bt petua ni
ReplyDeleteBoleh dengan nasihat doktor.
DeleteSalam..mama lina, maaf nak tanya kalu apple juice tu nk letak gula ke x..boleh x wat trus utk 4biji pastu kita minum utk 4x waktu yg berbeza.
ReplyDeletesaya buat letak gula perang,sesedap rasa, boleh buat terus 5 biji blend dgn 1 liter air, tp simpan dlm freezer ut kekalkan kesegaran jus.
DeleteSmlm da selesai hari ke 6 saya cuba petua nie.....dr mlm td 3 kali cirit...then pg ni cirit kluar ade byk warna hitam & hijau yg terapung....adakah batu karang saya da kluar???
ReplyDeleteYa, itu antara batu karang yg dah lembut dan berjaya keluar. Untuk lebih kepastian en. boleh scan semula utk tengok samada batu karang dlm hempedu sudah berkurangan atau sebaliknya. Untuk kali pertama buat petua ni, kebiasaanya tak semua batu karang berjaya keluar. Dicadangkan ulang semula petua lps sebulan.
DeleteAssalamualaikum... kak lina. Saya nak tanya cara ni sesuai x untuk orang yang ada sakit gastrik/stomach erotion/ulcer?
ReplyDeleteWsalam Sofy, bagi yg ada komplikasi penyakit, kena dptkan nasihat doc dulu bgtau doc bahan yg kena guna.
Deletesofar kalo gastrik xde masalah sebabnya lemon kalo masuk dlm badan akn bertukar menjadi alkali...so lemon tidak berasid ramai yg xtaw psal lemon ni :)
Deleteassalamulaikum...Alhamdulillah wife sy dh cuba petua nie..berjaya..keluaq green stone banyak..terima kasih banyak2..semoga Allah memberkati kalian..
ReplyDeleteSya bru keluar hospital...ada 2.5cm batu kt dlm hempedu. Bole ker keluar besar tu? Kalau bole xnk operation, 2minggu lgi.
ReplyDeleteKalau x ada sebarang komplikasi spt jaundis, demam dsbagainya, boleh buat dibantu dengan penggunaan castor oil pack.
DeleteCastor oil pack tu minyak zaitun ke
DeleteAssalamualaikum..nak tanya kalau hari ke 6 tu minum jus epal 1litre lg kan? kiranya selepas pukul 6 boleh minum2 tapi tak boleh makan sahaja kan?
ReplyDeletekena puasa sis, kalau lapar mmg x boleh mkn apa2, kalau haus cuma boleh minum sedikit air kosong.
DeleteAssalamualaikum.. jus apple tu pure juice tanpa campuran air ke? Agak2 berapa biji apple utk1 litre jus apple?
ReplyDeleteWsalam, campur air, 5 biji blendkan dgn 1 liter air.
DeleteAssalamualikum kak lina.terima kasih diatas perkongsian. Saya dah cuba cara 6 hari epal tu tetapi batu hempedu tak keluar :(
ReplyDeleteWsalam, tak semua yg buat berjaya, memang ada yg buat x jadi. Salah satu punca, saiz batu karang dah terlalu besar.
DeleteSalam...puan sy nk tanya utk lemon 125ml tu memang pati lemon xde campur air suam ke? Ape yg dimaksudkan dgn suamkan gelas dulu utk mudah campuran jus tu ye? Just bilas gelas dgn air suam aje ke x perlu campur air camtu..?
ReplyDeleteSy baru je buat ultrasound n doc kata ade 4bji batu kecil dlm hempedu. Tu ingat nk try cara ni sbb takut plak nk operate..
Ya, perah pati shj,, x perlu campur air.
DeleteGelas tu boleh rendam sekejap dalam air panas..tp pastikan gelas yg tahan panas, takut pecah pula nnti. Bila gelas dalam keadaan suhu suam kacau campuran pati leomn dgn olive oil cepat-cepat, supaya sebati.
Kalau suhu dah sejuk...minyak dan pati lemon susah nk sebati. Dicadangkan minum sekali teguk habiskan.
Untuk pembaca semua, saya ada buat entry ringkas cara buang batu hempedu disini, untuk lebih mudah difahami. http://suficreative.blogspot.my/2016/11/buang-batu-karang-hempedu.html
ReplyDeleteAs salam sis sy pun baru je try cara sis ni cuma nak kongsi...boleh juga buat cara xpress iaitu cuma makan masa 1 hari shj... alhamdulillah ptng td keluar bnyk batu2 hijau tu....tp rasa mcm blum keluar habis...caranya
ReplyDeletePagi sblum sarapan minum 3 biji air apple
Tengahari 3 biji air apple
Malam 3 biji air apple
Malam sebelum tido minum 3 biji lemon Dan 250ml minyak zaitun..
Lpas minum mesti terus tido baring mengiring sebelah kanan lutut ke Dada ye...
Slm sis..sy br dot detexct batu karang dlm hempedu..nk try petua ni...nk tanye maksud 4 gelas jus dlm 1 ari tu cam ne..1 gelas 1 biji epal setiap kali minum ke..
ReplyDeletemaaf byk2.say dah cuba petua ini tetapi malangnya xberjaya.PERLU DIINGATKAN BAHAWA garam epsom tu bukan semua org boleh makan.kena tu juga bahawa garam tersebut boleh myebabkn seseorg itu termuntah.Begitu juga dgn campuran lemon dgn minyak tu.adoi...bila say apaksa diri utk terus minum campuran itu.tetiba sahaja mulut terasa mual dan berkeadaan begitu agak lama.spt nk muntah.bercucuran air keluar dr mulut.terasa nk termuntah..tetapi xla pula muntah.kesokan harinya....minyak tu memang kelaur semua dr saluran buangan air besar 3-5 kali.dlm masa seharii.malangnya batu itu xkeluar.
ReplyDeleteinsya allah nak mencoba...
ReplyDeleteTak lepaih nak minum garam epsom tu 😖
ReplyDeleteSekali saja minum boleh tak
salam sy da cuba..hari ni hari ke 6,,sy mnum garam epsom..kpla jdi pning sgt..nrmal.ke..doa kan saya berjaya..trima kasih ats prkongsian..
ReplyDeleteHari ke 6 kena puasa ke??
ReplyDeleteTd sy da mkn tghari... jam 6pm br minum air suam + epsom salt. So... jd ke tu nnt??
Hi sis... semasa amalkan petua ni, mcm mna jadual pemakanan ye? Contohnya dinner mesti before jam brapa ke? Jus tu mesti minum before meals ke?
ReplyDelete