Apa itu Jerebu?
Kabut yang bercampur debu yang terapung-apung di udara sehingga mengakibatkan pemandangan alam sekitar menjadi kabur dan kotor. ~Kamus Dewan Edisi 3
Punca-punca Jerebu
1. Pembakaran terbuka cth Kebakaran hutan, pembersihan kawasan penempatan
2. Kepanasan Global cth titik panas di muka bumi akibat kemarau
3. Hasil industri spt Asap kilang, kenderaan
Kesan-kesan Jerebu
1. Penyakit cth sukar bernafas, jangkitan paru-paru, batuk,demam
2. Aktiviti harian terganggu cth sekolah ditutup, tidak boleh riadah di luar
3. Kemalangan akibat jarak pengelihatan yang terhad.
4. Perbalahan antara negara apabila pihak tertentu tidak berpuas hati
Tahap-tahap Jerebu
0 hingga 50 - Baik / Normal
51 hingga 100 - Sederhana
101 hinga 200 - Kurang Sihat
201 hingga 300 - Sangat Tidak Sihat
> 301 - Merbahaya
AIR POLLUTANT INDEX (API) Sumber: http://www.doe.gov.my/apims/
INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU)
API | Status | Areas | % |
0-50 | Good | 2 | 7% |
51-100 | Moderate | 27 | 51% |
101-200 | Unhealthy | 19 | 36% |
201-300 | Very Unhealthy | 3 | 5% |
>301 | Hazardous | 1 | 1% |
Kandungan dalam Jerebu
Nota / Note
* = Habuk Halus (PM10) c = Ozon (O3)
a = Sulfur Dioksida (SO2) d = Karbon Monoksida (CO)
b = Nitrogen Dioksida (NO2) & = Lebih daripada satu pencemar
Pengiraan IPU
Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2,
NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi
diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya,
kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar
yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.
Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3)
Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon
adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah
pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap
yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi
membentuk ozon di permukaan bumi.
0 Comments