Dah jadi tabiat saya bila sedih, saya akan lawan rasa sedih dengan berfikiran positif,
Jadi saya kongsi sini artikel yang boleh bantu kita untuk sentiasa positif menghadapi apa saja dugaan hidup.
"PENYAKIT, UBAT DAN PENYEMBUHAN" | ![]() |
Kesihatan yang baik adalah anugerah Allah dan salah satu dari nikmat-nikmat Allah yang amat bernilai dalam kehidupan manusia. Sihat membawa maksud sebagai suatu keadaan di mana apa-apa yang ada di dalam badan manusia telah berperanan mengikut fungsinya dengan betul. Sakit pula ialah kedapatan apa-apa yang ada dalam badan manusia tidak berfungsi dengan betul dan melemahkan diri manusia. Nabi telah bersabda:
"Dua jenis kenikmatan yang kebanyakan manusia dapat ditipu oleh kedua-duanya, iaitu kesihatan dan waktu lapang"
(Riwayat Bukhari )
Penyakit yang menimpa seseorang adalah merupakan salah satu dari ujian-ujian Allah s.w.t. Ujian, cubaan dan bala Allah ke atas hambanya ada mempunyai tujuan dan hikmahnya yang tersendiri:
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim )
Sabdanya lagi:
"Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukminin lelaki dan wanita yang mengenai diri, harta dan anaknya ( dengan sabar) sehingga dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa"
( Riwayat Tarmizi )
Nabi telah bersabda lagi: Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas dapat fahami bahawa:
"Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan kerana Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan"
Nabi s.a.w bersabda:
"Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"
Disusun Oleh: Hj. Khairuddin bin Haiyon PP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan) |
No comments:
Post a Comment