Menunggu Hits Traffic yang ke 100

Dalam saya sedang mengupdate blog, saya tertunggu-tunggu mampu tak hari ni traffic blog yang templatenya ala-ala kad raya ini mencecah ke 100 sebelum pukul 12 malam.

Sambil diiringi lagu-lagu retro di youtube, tengah dengar lagu Bayangan Gurauan dari kumpulan Mega sekarang.

Bukan apa, susah benor nak capai hits100 traffic sehari, almaklumlah saya hanyalah blogger picisan huhu, follower pun baru 19 orang yang sudi***ayat sedey.

Semoga ada lagi blogger lain yang sudi follow saya selepas ni, silakan,silakan***ayat seru!

Mmm rasa macam tunggu keputusan pilihan raya pulak, berjaya atau tak..hehehe



Akhirnya target hari ni tercapai, Alhamdulillah!

0 Comments