Laporan Darah Arif dah keluar


Baru je balik daripada hospital ampang, mak aih punyalah ramai orang.

Alhamdulillah laporan darah semua normal. Berat pun dah naik ke 4.3 kg.

Jadi tak perlu nak pergi hospital lagi. Selamatlah Arif dari kena cucuk selalu. Jumpa doktor pun sekejap je tadi.

Minggu depan nak kena bawa pergi cucuk lepas sebulan kat KKIA pula, Oh ya, untuk pengetahuan anda semua, kalau baby ada jaundis tak boleh cucuk untuk Hep B dos 2.

Risiko kalau cucuk, dikhuatiri akan bagi kesan pada otak baby.

Jadi, sebelum ambil sebarang suntikan untuk baby, pastikan yang baby sihat sepenuhnya.

Untuk sebarang kepastian anda jangan malu tanya pada Doktor atau jururawat yang bertugas.




1 Comments

  1. Alhamdulillahhhhh...arif da sihat dr jaundis :)

    ReplyDelete