Iklan dari Nuffnang boleh klik ke?

iklan ikea yang menarik!

Bagi blogger yang baru nak aktif, memang banyak persoalan dalam kepala.

Pasal iklan Nuffnang kat atas, sebagai blogger kita boleh ke klik kat iklan yang ditayangkan pada blog kita?

Bukan apa saya rasa takut pula nanti klik tiba-tiba hilang status gliterrati itu,,owh no..

Saya perhatikan iklan dari nuffnang banyak yang best dan menariklah, buat jari ni rasa nak klik, tengok iklan IKEA tu sekali pandang terus rasa nak tengok,huhu, kalau klik en. Nuffnang marah tak? ** Bloggerpun pengguna apa..

Agaknya kalau klik sekali tak ada masalah kot, yang saya tahu jangan klik berkali-kali dah dengan niat nak dapat 'earning'.

Taklah mengugel lagi pasal info ni pasal mata dah ngantuk sangat...

Alahai tengok iklan IKEA rasa nak pergi pula ke IKEA ujung minggu ni, beli kuali leper yang dah bercalar akibat pembakaran ikan secara berleluasa...sabo je la.

0 Comments