Ikan Belanak Masin

Ikan Belanak Masin

Ini satu lagi produk dari Penang yang saya sangatlah suka, Ikan belanak masin, sedap sangat, rasanya macam ikan perkasam.

Cuma ikan ni tak semasam perkasam...kalau tak mesti ikan ni orang panggil belanak pekasam ye tak? Apa-apa je la...

Ikan belanak ni kecik-kecik je, cara masak 'goreng pun sodap' makan dengan nasi panas-panas, hurh telan air liur. En. Asben cakap kalau makan nasi dengan ikan ni mesti nak tambah.

* peringatan bagi sesiapa yang berdiet jangan cuba makan ikan ini.


Oh ya, ikan ni pernah juga jumpa kat Tesco, tapi tak lah sesegar kalau beli dari Penang, ya la kan, nak sampai ke Tesco mahu dah berperam berminggu-minggu.

Apapun makan memang lah boleh seperti biasa jangan berlebihan,,terutama yang ada darah tinggi, dah ikan masin kaedahnya...cess nasihat pandai, diri sendiri tak sedar hahaha. Layann je la....


0 Comments