Hadiah apa yang mama nak?


Masa di hospital, Kakak cakap pada saya dalam telefon, 'Happy Birthday Mama!"...mama nak hadiah apa? Saya terdiam sekejap, apa hadiah yang saya nak..sebenarnya tak tahu nak kata apa.

Bukan sebab terlalu happy bila ada yang 'mengucapkan' sejahtera di hari lahir saya, cuma memang tak terfikir hadiah apa yang saya nak..

Saya kata pada kakak, 'Owh,,mama nak kakak dapat no. 1 dalam kelas' itu hadiah yang mama nak. Si kakak cuma gelak je bila dengar saya nak hadiah dia dapat no.1 dalam kelas. Gelak yang bermaksud, haha boleh ke kakak,,lebih kurang macam tu lah.

Tapi bila sampai ke rumah dan detik 28 Jun akan berlalu saya mula terfikir, apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup ini...bila pandang Arif yang tengah tidur,,dan sambil saya melayan lagu-lagu motivasi memujuk hati yang sedih ...saya tahu apa hadiah yang saya nak....

Ya,, hadiah yang paling saya nak, adalah anak-anak dan semua ahli keluarga sihat sejahtera. Terutama untuk Arif. Duduk dalam wad 3 hari ,tengok budak-budak yang sakit buat saya rasa insaf, hidup ni sementara saja.

Ujian Allah s.w.t datang sekelip mata, kalau kita tak tabah, hidup tak akan bermakna, sebab kita adalah hamba kepadaNya.

0 Comments