Bermain gajah di Kuala Gandah, Lanchang Pahang

Ha ini pun salah satu tempat menarik yang boleh dilawat, Kuala Gandah, Lanchang. Yang menariknya di sini ada Pusat Perhilitan Pemuliharaan gajah, dari mak gajah hingga ke anak gajah pun ada.

Bila datang sini,  kita boleh bermain dengan gajah-gajah yang ada, boleh naik gajah, bagi makan gajah, mandi dengan gajah.

Cuma kalau nak buat aktiviti tu semua, kenalah datang awal. Saya dan famili datang lambat aktiviti lain dah abis cuma sempat mandi dengan anak gajah je. Itupun dah menyeronokkan!

Bagi makan gajah, kalau nak pegang pun boleh..




Mandi dengan anak gajah



Dah siap mandi


Anak gajah yang comel dan sporting,,kalau ngamuk abisla..


Selain tempat gajah, kawasan berdekatan ada juga tempat pemeliharaan rusa, kalau tak silap Deer land namanya. Tapi kami tak pergi sebab sampai pun dah lewat.

0 Comments