1. Minum air glukos original semasa kandungan nak masuk 9 bulan
2. Minum susu kambing semasa mengandung
3. Jangan makan jeruk semasa mengandung
4. Jangan makan junk food
5. Jangan makan kacang parang.
6. Makan makanan yang kaya dengan vitamin D cth seperti minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu & telur mentega, minyak ikan kod, hati, susu, ikan salmon , sardin, ubi kentang, tuna & minyak sayuran.
7. Elakkan minum ais.
8. Makan epal hijau, anggur dan buah delima
9. Minum susu yang dikisar bersama kurma.
10. Elakkan makan kerang
11. Elakkan makan mee segera
12. Amalkan minum jus pegaga
13. Elakkan makanan yang mengandung MSG- Bahan perisa tambahan
14. Elakkan minum air berkarbonat.
15. Kurangkan makan makanan yang beta kerotin tinggi seperti betik, lobak merah
Setelah mengugel, di atas adalah tip yang saya berjaya kumpulkan untuk elakkan bayi yang bakal dilahirkan kena jaundis macam baby saya Arif, ada juga yang memang saya dah amalkan, macam minum susu kambing, masa mengandungkan Ali memang saya kerap minum, Alhamdulillah Ali tak ada jaundis.
Tapi masa Arif saya memang tak minum susu kambing sebab loya, teruk kuningnya dah sampai jadi prolong jaundis, terpaksa jumpa pakar sekarang. Ermm ada juga yang menjadi antara tips yang ada kat atas.
Jadi para ibu-ibu boleh lah cuba dan berdoalah semoga baby yang dilahirkan nanti tak kena jaundis dan tak perlulah kita bersusah payah nak bawa baby cek darah selalu dan baby pun tak terseksa kena cucuk.
4 Comments
wah,petua yg bgus
ReplyDeletetq mommies!!!! due next month, wish me luck.
Insya'Allah, semoga dipermudahkan ya :)
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, thanks bagi tips. sheila cedok masuk entri sheila dan kredit ke entri akak ye... terima kasih banyak ~~~
ReplyDeleteWaalaikumsalam Sheila, orite, xde masalah :)
ReplyDelete