Tergapai-gapai mencari ruang waktu...

Saya kecewa kerana saya sedar memang tak sempat untuk saya siapkan karya-karya untuk saya menyertai Sayembara DBP 2012, hanya berjaya menyiapkan satu cerpen dan sepuluh puisi memang tak dapat untuk saya penuhi syarat yang telah ditetapkan iaitu minima 10 cerpen dan 30 puisi yang pelu dihantar untuk layak menyertai sayembara tersebut.

Salah siapa? Memang salah saya sendiri kerana gagal mencari ruang waktu untuk menulis, sayangnya dan sangat kesal kerana telah mensia-siakan peluang yang ada untuk menjinakkan diri dengan dunia penulisan. Walaupun masih ada untuk tahun 2013 bermakna saya perlu menunggu lagi setahun untuk menyertai sayembara ini. Apa yang perlu saya buat?

Secara amnya kegagalan ini hanyalah berpunca dari kelemahan diri saya sendiri.

PUTUS ASA untuk menulis?

Jawapan: TIDAK

Semoga tahun 2013 ini saya masih diberi kesempatan menyiapkan karya-karya yang sepatutnya...Amin.

1 Comments