Puisi 'Cinta Ramadan' mencuba di DARA.COM

Sempena bulan Ramadan, saya mula aktif menulis karya yang berkaitan dengan bulan yang barakah ini. Tadi saya telah hantar sebuah puisi bertajuk 'Cinta Ramadan' ke majalah Dara.com. Berjaya tersiar ataupun tidak Wallah Hualam.

Puisi tersebut saya karang sebagai muhasabah diri kepada golongan muda remaja yang sedang dilamun cinta supaya menjaga budi pekerti di bulan Ramadan. Seeloknya pada bulan ini hentikan dahulu aktiviti 'berdating'. Bukan apa takut tanpa sengaja, asyik melayan cinta duniawi, telah hilang cinta kita pada bulan yang sangat mulia ini.

Semoga 'Cinta Ramadan'sentiasa bersemi di hati.

~Tips dari adik penulis muda~
Rancang setiap karya yang hendak dihantar ke penerbit.

2 Comments