Puasa: Sistem tubuh membakar lemak


Dalam bulan puasa ini selain beribadat, kita juga berpeluang untuk menguruskan badan. Lemak yang terkumpul bertahun-tahun di dalam badan dapat dikurangkan melalui proses pembakaran sel-sel lemak oleh sistem tubuh badan kita.

1. Makanan diibaratkan seperti 'minyak petrol' yang digunakan sebagai sumber memberi tenaga kepada tubuh untuk berfungsi.

2. Berpuasa/tanpa makanan akan menyebabkan badan  kekurangan tenaga lalu sistem badan akan cuba mendapatkan sumber tenaga lain yang tersimpan iaitu lemak.

3. Lemak yang tersimpan di dalam badan akan digunakan untuk memberi semula sumber tenaga kepada badan.

4. Proses pembakaran sel lemak akan berlaku melalui pengecutan dan pemecahan lemak.

5. Sel lemak menjadi lebih kecil dan berat badan semakin menurun.


Oleh itu, ambil peluang di bulan Ramadan ini untuk mengurangkan makan terutama semasa berbuka puasa. Selain dapat mengelakkan pembaziran ia juga dapat mendidik kita menjadi seorang yang 'wasatiah' iaitu bersederhana di dalam kehidupan.




0 Comments