Jom tengok gerhana bulan malam ini..


Anda pernah tengok gerhana bulan tak? Dijangkakan malam ini 10 Disember 2011 akan berlaku fenomena gerhana bulan penuh.

Menurut sumber akan bermula lebih kurang jam 7.30 malam ini hingga ke 1.30 pagi.

Gerhana bulan tejadi apabila bumi berada diantara matahari dan bulan, menyebabkan bayang bumi menghalang  matahari memancarkan cahayanya kepada bulan. 

Seingat saya dulu pernah tengok gerhana bulan, tapi bukan gerhana bulan penuh. Jadi malam ni memang terasa nak tengok bagaimana rupa bulan yang gerhana penuh dan juga merupakan salah satu tanda kebesaran Allah S.W.T  di dunia ini.

Dulu masa zaman sekolah ada juga tengok gerhana matahari, ingat lagi cikgu suruh bawa filem (kodak) kamera untuk tengok gerhana matahari, dulu kamera guna filem yang dipanggil kodak.

Tak macam sekarang semua kamera dah digital. Haii....cepatnya zaman beredar....seperti mana umur kita yang semakin meningkat.

0 Comments