Nasi goreng ikan


Bahan-bahan:
Nasi lebih -gaul dengan sedikit garam dahulu
Ikan  goreng lebih -dicarik isinya
1 sudu besar kicap cair - kicap pekat pun boleh
1 biji Cili hijau besar dihiris
1/2 biji bawang dan 1 ulas bawang putih cincang
1 sudu besar mentega - minyak pun boleh


Cara-cara:
Cairkan mentega dalam kuali
Bila panas  tumiskan bawang-bawang,hingga naik bau/kekuningan
Masukkan nasi gaul serata, dan masukkan isi ikan gaul lagi.
Tambah kicap cair dan cili hijau, goreng sampai berwap, dah siap.

0 Comments