Khasiat Beras Perang


Perbezaan antara Beras perang dan Beras Putih
Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.

Kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendapati wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.

Kelebihan beras perang

1. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser

2. Mengawal kolesterol dalam badan

3. Sesuai untuk wanita pra menopause atau menopause untuk (menjaga jantung dan darah tinggi)

4. Cara baik mencegah penyakit kencing manis jenis ke 2 kebiasaanya dihidapi oleh wanita mengandung.

5. Mengandungi magnesium yang berfungsi untuk otot, mengelakkan kejang, mencerna enzim yang diperlukan untuk mengahasilkan tenaga tubuh.

6. Mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat, yang diperlukan dalam perbentukan sel darah merah di dalam badan.

7. Kandungan kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih, kerana lapisan kulit luarnya yang belum tehakis menyimpan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh kita.

8. Sesuai untuk diet sihat untuk mengekalkan berat badan ideal.

0 Comments