Gulai Telur Bertempe

Bahan-Bahan:
Telor Rebus - 3 Biji
Tempe 1 peket - Dipotong seperti di gambar
5 helai daun kari
1 Sudu besar cili boh
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
Bawang besar 1/2 biji &putih 1 ulas cincang halus
1/2 inci kayu manis, bunga lawang&cengkih -rempah
1 cawan santan
Garam gula secukup rasa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak dalam 1 sudu besar, masukkan rempah hingga naik bau.
-Masukkan bawang dan daun kari, hingga kekuningan.
-Masukkan Cili boh gaul garing dan masukan pes kari, kacau sampai nak bau, kemudian
-Masukkan santan dan serbuk kunyit kacau hingga menggelegak.
-Masukkan telor rebus dan tempe, garam dan gula, kacau dan  tunggu masak dalam 5-7 minit.

0 Comments