Cuci sayur dengan air garam @@

Bagi sesiapa yang suka masak, masa cuci sayur, rendamlah dulu sayur dengan air garam.

Kalau boleh lama sikit pun takpa, daripada info yang didapati mencuci sayur guna air garam dapat meneutralkan racun yang ada pada sayur.

Dari segi saintifik taklah ada penjelasan, cuma bila cuba buat eksperimen satu sayur direndam air garam lebih 10 minit dan satu lagi cuci macam biasa.

Hasil yang didapati sayur yang dah dirandam air garam tak ada bau racun. Tapi yang cuci secara biasa, dah masak pun masih ada bau racun.

Jadi untuk kesihatan kita sekeluarga, cucilah sayur dengan teliti terutama sayur yang jenis berdaun.

Makanan yang terpelihara dari pencemaran racun dan sebagainya dapat menghindarkan kita dari pelbagai penyakit yang merbahaya seperti kanser, jantung dan lain-lain lagi.

Selain pada tu jangan lupa berdoa agar terhindar daripada sebarang penyakit. Insya'Allah.

0 Comments