Ayam Blackpepper Bermadu



Bahan:
7 Ketul Ayam - Digaul kunyit&Garam * Goreng dulu separuh masak ye.
2 Biji Kentang saiz sederhana*potong macam wedges dan digoreng smpai empuk.
1 Sudu Besar Lada Hitam - Ditumbuk jadi serbuk + sedikit air
1 Sudu Besar Kicap Masin -cap apa pun xpe.
1 Sudu Madu Lebah
1 Biji Bawang Besar-Dipotong Bulat*size yang sedang2 aje
2 Ulas Bawang Putih-Di hiris nipis
1 Inci Halia- Di hiris nipis
* Minyak, garam, gula secukup rasa.

Cara:
1. Tumis bawang putih&halia.
2. Masukkan lada hitam
3. Masukkan ayam dan kentang gaul rata.
4. Masukkan kicap dan madu, gula garam secukup rasa.
5. Last skali masukkan bawang besar, gaul sampai masak.

0 Comments